January 26, 2014

masih bertelagah

Masa berlalu pergi. Usia terus berganti.
Dilamar pun sudah. Makin makan usia. Masih seorang belum berdua.
Tidak ku pertikai. Cuma memahami. Belum masa nya lagi.

Januari.
Sudah Januari. Masih begini. Tidak ku pertikai duit perkahwinan, cuma bicara soal hati.
Tunang.
Aku membayangkan hati yang membunga kembang ada nya seseorang  dipanggil tunang. Mulanya, hati aku paling riang, rasakan lain apabila bertukar status tunang. Hati berkembang mekar, hujan rebut taufan segala aku redah. Taik pon rasa rasa harum. – pada awalnya.

Selang bebulan. Kami makin jauh. Makin tidak kesah antara satu sama lain. Tidak tahu mana silapnya.
Tidak tahu apa puncanya. 
Kami damai selepas aku dimasukkan ke hospital. Namun damai tak lama.
Masih bertelagah.

kamu masih perlukan orang lain untuk menerangi jalan depan mu?
aku tidak layak? 
ini satu dendam yang tak pernah habis?
Aku punya keluarga, aku punya kawan, aku punya tunang, tapi aku tak punya sesiapa yang mencintaiku dengan seikhlas hati dia.
aku masih perlukan rasa ini atau buang yang keruh ambil saja yang jernih?

Aku tak mampu. Seikhlas hati aku beri. Dulu bercinta, mungkin banyak silap & khilaf kami bersama. Aku sedar dipertengahan jalan, lalu aku berkeputusan perbetulkan segalanya. Namun yang aku perasan, segala kesilapan lalu aku, kau ulangi. Aku besabar-ini Ujian kepada aku. Kerana Allah sayang pada aku.
Sekarang, aku hanya perlukan kasih sayang yang aku tak Nampak lagi dari diri kau.
Tak keluar tengok wayang-tak apa
Tak keluar makan sama-tak apa
Tak keluar jalan jalan-tak apa
Tapi sekurang kurangnya-  sepotong ayat dihantar kepada aku setiap hari dah cukup buat aku rasa-masih ada sayang didalam hati.
Jika risau – itu tanda dia fikir- itu tanda dia sayang
Walau sedikit, aku akan bersyukur.

Namun, aku patut redha atau apa? BUNTU.
Redha dan terima sahaja. Atau memperjuangkan rasa hati?
Atau ikut sahaja flow yang diberi.

Aku hanya mahu kasih sayang.
Allah Maha Mengetahui. Allah tempat ku bersujud. 
Dulu aku punya tempat bercerita, sekarang, mana dia?


No comments:

Post a Comment