October 10, 2013

Dosa

Tak semua nak putarkan balik masa. AKU NAK.

Semua orang yang lahir pon belum tentu nak kan sifat yg dah dikurniakan tu. Baik. Buruk. Tak semua nya pandai bersyukur. 
Aku? Penat melayan diri sendiri. Ntah dari kecik aku memang banyak mulut. Dari mana aku dapat, tak sure. Aku tak brubah? Aku cuba. 

Memang aku tak mintak langsung begini Allah turunkan sifat ini. Allah juga sedang menguji aku. Aku sedang mencuba untuk puaskan hati semua orang. Aku juga sedang cuba untuk tidak melukan hati sesiapa. 
Maaf kalau terlanjur. Gurau kasar memang sebati sampai aku tak sedar ia keterlaluan. Maaf.

Nada.
Aku juga tidak sedar jika nada aku menunjukkan ia nya seperti gatal. Aku hanya mahu menjadi lembut. Macam perempuan lain yang selalu imam mahukan.

Jika wanita cantik yang dimahukan, Bukan aku.
Jika wanita kurus yang diidamkan, Bukan aku.
Jika wanita sempurna yang diimpikan, Bukan aku.
Jika wanita yang ingin dibimbing, Itu Aku. 

Sekasar mana aku, Sekeras mana aku, aku diciptakan Tuhan hati wanita. 
Maaf aku memang bukan wanita pilihan. 
Maaf juga aku bukan wanita ciri kau.
Maaf lagi kerana aku bukan wanita yang menyempurnakan hari kau. 

Maafkan Aku. 

Memang aku nak putarkan masa dari sekolah. Kalau lah aku boleh pilih dengan siapa aku akan berkawan. Akan aku pilih si solehah. Si ulat buku. Si kaki ngaji. Dengan harapan aku menjadi orang yang berguna & tak banyak bercakap bende yang tak berpaedah.
Lepas tu akan ku pilih subjek extra untuk teras. Lalu aku masuk ke Universiti. Berkawan juga dengan si ulat buku & kaki ngaji, Jadi aku tak tertinggal sedikit pon tentang ilmu dunia juga Akhirat. Biar adil. 
Bila dah kerja aku akan duduk dikerusi bergajikan sesedap mahu. 

Pasti aku sedah biasa dengan perangai Fokus, Berdedikasi, Berilmu, Tekun, juga bersemangat. Tidak lah aku bernempek di meja meja meraka lalu bercerita mengenai si polan polan dengan perangai mereka. Tidak lah aku menepek di kedai mamak habis waktu kerja & bercerita tentang ketidak puashatian. 

Dengan segala impian aku tadi aku berharap sangat yang aku adalah seorang pendiam, bercakap ketika perlu, sombong dengan meraka yang tidak perlu, berdedikasi ketika bekerja. 
Aku mohon diturunkan sifat itu, mampukah aku?

Tuhan, Tolong aku. 

No comments:

Post a Comment