August 06, 2012

Masa

Bila aku duduk di situ, adakah mereka berasa susah?
Ikhlas tak mampu aku pertikai kerana itu Dia yang tahu. Cari sejenak mana salahku.
Patut disedar dari awal bukannya sekarang. Balasan sekarang bukan hanya untuk dosa-dosa terdekat. Sedari dari awal, mungkin kesusahan sekarang datangnya dari masa lalu yang hitam dengan dosa. Kerana pernah tinggal sembahyang satu waktu dahulu, sekarang baru diterima balasannya.
Tidak guna ternadah. Jadi, lebarkan tangan juga hati memanjatkan doa taubat keatasnya. Terima atau tak, Allah Maha Mengetahui.
Aku bukan seorang Qariah yang merdu mengaji, cukup untuk mengenali jawi. Jahilnya aku. Ilmu & Seruaan Islam yang kurang didada, buat aku akan masuk percuma ke neraka jahanam.
Jadi siapa yang paling afdal untuk bawa aku ke syurga Allah?  Jika mampu, akan ku bawa diri sendiri. Tapi sebaliknya. Adakah ibubapa ku? Atau orang yang paling dekat denganku? Atau bakal suami ku? Mampu kah dia untuk menanggung semua dosa aku nanti?
Mampu kah dia mengingati aku tentang solat, ibadah, wajib haram harus, dll ?
Mampu kah aku ke syurga Allah?
Ya Allah.

No comments:

Post a Comment