July 28, 2012

Seminggu Ramadhan

Salam Ramadhan buat aku lebih kenal erti Islam. Buat aku lebih berfikiran matang. Buat aku lebih dekat denganNya. Jika dihitung harta, tiada apa yang menjadi kepunyaan aku. Aku tidak punya computer riba, aku tidak punya motosikal, aku tidak punya kereta, aku tidak punya apa-apa. Aku hanya pandai meminjam. Satu satu harta aku adalah Iman. Lagi dekat aku dengan Allah, lagi kuat harta Iman ku. Aku gembira sekarang.
Lagi dekat aku denganNya, lagi kerap aku mendoakan kesejahteraan orang keliling ku. Termasuk kau. Selama ini aku selitkan doa untuk kau dalam doa kehidupan & akhirat aku. Moga aku akan tetap ingat untuk mendoakan kau selalu selepas ini.
Jika dihitung dosa lepasan aku, memang tidak terkira. Dosa aku itu, kau tahu. Tetapi bukan kau yang akan menimbang berat segala dosa aku. Juga kau tak punya hak untuk menghukum aku. Allah itu maha adil. Allah tu maha mengetahui. Ingatlah juga Allah itu maha Esa. Jadi kau tak perlu bimbang tentang dosa aku, kerana Dia lebih berkuasa untuk menghukum aku dari engkau yang bukan siapa siapa.
Jika dikatakkan aku pentingkan diri sendiri, aku terima. Jika begitu maafkan aku. Mungkin aku tidak nampak. Tetapi adakah kau sedar akan sifat itu pada diri kau sendiri. Kita belum punya hak sah. Jadi jagalah hak sendiri untuk masih kekal dalan hubungan yang belum tentu kesudahannya. Aku tidak doa untuk mengakhiri hubungan ini, tatapi aku akan selalu berdoa untuk tunjuk siapa jodohnya aku, sampai sekarang aku masih lagi nampak wajah kau. Aku percaya hubungan kita lebih panjang jika kita ikut cara Islam. Insyallah. 
Aku bersyukur apa yang ada, jadi aku harap kau juga bersyukur dengan perubahan aku.
Siapa yang akan mengingatkan aku dengan Solat? Puasa? Tanggungjawab Isteri? Ibadat? Dll, jika kau sendiri lupa untuk beribadat. Aku bukan seorang perempuan yang dari azalinya penuh ilmu Islam didada. Jadi, sekarang aku perlu pebimbimg untuk menguatkan lagi ilmu Islam aku. Jadi kau faham maksud aku?
Ya Allah, bawalah aku kejalan yang benar. Amin.

No comments:

Post a Comment