June 20, 2012

Detik

4.00 ptg di office. Hp berbunyi tanda SMS masuk. Tanpa berlengah lagi Bedah mencapai HP dengan penuh harapan. Dilihatnya SMS itu lalu hampa. Tiada.
6.00 ptg masih di office, lalu turunnya ke lobi dengan penuh harapan dijemput pulang. Sesampai di lobi juga masih berwajah hampa. Tiada
6.30 ptg sedang menaiki train. Hp ditangan menunggu SMS atau 3G. Tiada
7.30 ptg sampai dirumah, Bedah letak bag dalam bilik, keluarkan HP. Duduk di depan tv. Lalu berFB & stalk Leman sambil menonton tv. Semayang tak juga.
7.40 ptg  Kusyuk menonton tv. Sesekali tersedar akan HP yang tidak berbunyi. Hampa. Tiada
10.00 mlm mahu mandi. Melengah lengahkan mandi takut ada panggilan masuk, lalu membawa HP ke dalam toilet , jika tidak Bedah meletakkan HP nya dekat dengan pintu toilet.
10.10 mlm habis mandi Bedah lihat HP penuh harapan, hampa. Tiada.
10.55 mlm masuk tidur. Bedah charge HP sebelah bantalnya. Seazalinya sebelum tidur, pasti ada pertelingkahan berlaku. Tapi sekarang tiada lagi. Tiada
3.30 pagi terjaga dari tidur. Bedah pasti melihat HP nya. Hampa. Tiada.
6.00 pagi bangun tidur, HP akan di capai terlebih dahulu. Hampa. Tiada
8.00 pagi sesampai di office. Bedah menukarkan General kepada Slow Skit Bro.
9.00 pagi Bedah kusyuk membuat kerja sambil chat bersama macik Shery.
10.00 pagi dan seterusnya Bedah harus sedar tiada lagi rutin harian yang dulu.

 Bedah makin sedar dia sedang kehilangan rutin hariannya yang perlu di punch setiap minit.
Tiada lagi makan malam bersama. Tengok wayang bersama. Tengok bola bersama. Tiada lagi HP tak lekang di tangan. Tiada lagi senyum kambing seorang ketika berSMS. Tiada lagi gambar baru didalam Hp. Tiada lagi membonceng motosikal mahupun kereta hijau. Tiada lagi yang ambil tahu.

No comments:

Post a Comment