June 19, 2012

#1

Aku cuba faham mengapa aku sering dipersalahkan. Aku juga terfikir adakah kau sengaja menyalahkan aku dalam semua sudut kesalahan hanya kerana kau yang menyembunyikan kesalahan kau?
Kenapa layan aku sebegini rupa? Kerana aku perempuan jalang? Kerana aku tak layak jadi isteri kau?
Kerana masa silam aku? Kata Tuhan kita digalakkan memaafkan sesama kita. Jika aku boleh maafkan kau dan melupakan segala kesilapan kau pernah buat duludulu, mengapa kau tidak? Mengapa masih layani aku seperti ini? Aku juga manusia penuh khilaf. Akan tetapi aku cuba untuk jadi yang paling terbaik untuk kau. Berubah sedikit demi sedikit untuk jadi yang paling indah di mata kau. Tetapi semakin aku berubah menjadi lebih baik, semakin sampah aku dibuat kau. Aku dah tak perlukan orang lain. mengapa kau tak pernah faham.
Jika aku dilayan seperti ini hanya kerana khilaf aku yang dulu, aku terima. Tetapi kau bukan lah siapa siapa yang boleh menghukum aku sebegini. Biar Tuhan yang menghukum aku.
Jatuh bangun aku Tuhan juga yang mengerti. Tuhan juga mengerti yang aku tak perlukan sesiapa untuk menyenangkan aku, aku hanya memerlukan kau ketika gelak ketawa juga menangis aku.
Siapa lah aku untuk minta lebih dari itu. Duhai blog, terima kasih kerana sudi temani aku. Juga Tuhan yang selalu memahami, menemani, melindungi juga memaafkan aku.
Semoga hari harian aku lebih tenang.

No comments:

Post a Comment