June 21, 2012

Rubish

Eh, aku kan Islam. Mana boleh bunuh diri. Tuhan marah. Aku hanya perlu lebarkan senyum. Tenangkan diri. Mengucap bebanyak. Terima dengan redha. Jadi sesungguhnya hari hari aku akan lebih bahagia. Aku takkan buat statement  ini lagi untuk kau : 'aku tak perlukan orang lain untuk bergembira, aku hanya perlukan kau di hari hari gembira dan sedih aku'. Aku rase macma bertuhankan kau pulak bila keluar statement camtu. Sekarang perkara yang lebih mulia adalah aku hanya perlukan Allah ketika gembira dan sedih di setiap detik hidup aku. Harap Maklum. Setelah bertahun kenal, kau masih seperti itu. Jadi teruskan jadi diri kau tu. Tiada yang melarang juga. Yang harus kau sedar ialah kau bukan sesiapa untuk menghukum apa jua salah aku. Aku percaya pada Tuhan yang beliau tahu segala kebenaran antara kita. Jika kau rasa mahu aku mengganti setiap rugi yang kau alami ketika behubungan dengan aku, sila senarai kan.
Sesungguhnya ingat lah memang aku tak memerlukan kau ketika aku sedih mahupun gembira, aku sudah mempunyai teman iaitu Allah. Aku tak perlu mengadu apa apa pada kau ketika sedih, kerana Allah tempat mengadu aku. Aku tak perlu kongsi gembira kau dengan kau, kerana aku akan berkongsi gembira dengan Allah & aku akan dapat berganda ganda gembira. Aku harap kau juga gembira dengan sifat kau.
Alhamdulillah atas apa fitnah juga kata buruk kau atas aku. Moga Allah tunjuk siapa aku kepada kau. Juga moga Allah tunjuk siapa kau kepada aku. Allah maha adil lagi saksama juga berkuasa. Ingat tu.

Hari ini aku lebih tenang, harap aku dapat rasakan ini pada hari esok.
Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment