Kehadapan Shidi,
Aku harap kau bace ni. Kau pernah duduk dalam hidup aku, tapi tidak pada hati. Kau mungkin pernah rasa, tidak untuk selamanya. Hubungan kita sebelum ni hanya lah paksaan semata mata dari kau. Bagi aku, kau kenangan paling pahit untuk aku kenang. Tiada sedikit pun kenangan manis yang aku harus ingati kerana bagi aku semua masa aku bersama kau adalah satu pembaziran dan menyesalan. Hubungan kita hanyalah pada kau seorang. Masa depan aku terumbang ambing. Jika kau seorang lelaki, kau tentu membawa aku ke jalan lurus dan tidak di jalan maksiat.
Jadi, sekarang aku punya kehidupan sendiri. Aku punya ruangan sendiri. Aku punya kekeasih hati. Aku punya hubungan istimewa yang retak menunggu belah, tetapi dengan kehadiran kau masa ini di Facebook, telah meretakkan lagi hubungan aku lalu berkecai derai. Selama aku meninggalkan kau, tiada sedikit pun ruang aku mengingati kamu. Dan juga tiada kepentingan istimewa untuk mengingati kamu. Aku terlampau sayang pada kehidupan aku sekarang, jadi jika kau baca ini, jauhkan diri kau dari aku. Walau kau tak pernah menghubungi atau datang mencari aku, tetapi dengan mengadd aku di Facebook, buat hubungan aku berakhir.
Dulu kau pernah minta aku berkorban, jadi aku minta kau menghormati aku juga pasangan ku, Hormati juga hubungan kami.
Terima Kasih,
Nuzuril Shima.
No comments:
Post a Comment