Kini, bertapak lah aku di kota metropolitan. Bermula lah kerjaya ku disini. Lalu menyimpan sedikit wang untuk masa hadapan. Aku bukan orang senang. Harus susah untuk menahan lapar dikelilingi gerai makan juga masjid. Aku jahil. Namun aku keras menegak. Berdetik aku mampu. Juga teman yang selalu ada disisi aku walau kurus mahupun gemok aku, telah menapak diri juga di Kuala Lumpur ini. Kami sudah memulakan langkah baru di sini. Dia tidak lagi menjerit jambu kepada haluan hadapan. Hatta menjerit masa hadapan bersama - sama. Susah untuk memulakan hidup di kota ini hanya kerana jiwa masih di halaman. Dan akan terus berada di sana. Jejak bumi nyata. Tidak mampu untuk bertukar pertuturan disini, hanya dialek halaman yang terus menerus keluar dari mulut luas ini. Aku bodoh. Sedang menaipnya aku disini, akan selalu merindui halaman juga insan insan perkasa di sana. Makan di suap, mandi di siram, sakit di peluk, najis di buang. Ia sangat perkasa juga di mata aku. Aku masih kecil di sini. Aku tak hebat. Berniat hati menjadi yang lebih baik untuk hari hari yang lebih baik.
Bersedih ? Makhluk Allah tak pernah akan dapat lari dari perasaan itu. Aku juga.
Gembira ? Jangan menjanjikan apa - apa apabila sedang bergembira.
Marah ? Istifar lebih mulia apabila dapat menenangkan kamu dari mengeluarkan kata - kata syaitan penghasut. Aku tidak pernah lepas dari melakukan semua itu. Aku kotor.
Perasaan ini sangat berasas. Fikir jika mampu.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment