Harap maklum ini bukan kali pertama. Jadi aku lebih berkecil hati dan terluka. Aku tak mampu menahan kederat lelaki kau. Menepis atau mengelak jadikan aku seorang wanita kuat, walhal tidak sebenarnya. Adakah memang itu sifat lelaki kau? Aku hanya binatang lah dimata kau jikalau begitu.
Jelajah lah seluruh dunia, tiada satu wanita pun yang mahu menahan kederat lelaki di kudratnya. Lainlah, wanita itu ahli gusti antarabangsa. Namun dia hanya akan bergusti di gelanggang dan tidak di rumah bersama suami. Jadi maksudnya, sebesar mana masalah, apa patut kah kau melemparkan kederat kau kepada seorang wanita yang lemah? Inikan pula masalah yang kecil. Kau harus disekolahkan. Kau juga tidak matang. Apa kuasa yang kau kuasai untuk melepaskan kederat kau kepada wanita? Siapa beri kau kuasa itu? Ibu Bapa aku? Tidak, kita tidak dan belum berkahwin. Tetapi begitu juga lah keadaan sekarang. Aku hanya mampu menangis mengenangkan semua itu. Juga menahan sakit dari impak itu. Aku redha.
Maaf? Ya, aku maafkan kau kerana melepaskan kederat kau pada aku, tapi tidak untuk melupakan.
Jadi, aku harus menamatkan hubungan, kenangan, juga segala apa yang akan mengingatkan aku kepada kau. Walau aku tidak mahu kau lagi, aku tetap menangis mengingati masa aku yang banyak berhabis bersama kau yang tak guna. Aku dah jauh berjalan, tiada masa lagi untuk berpoya. Kau tahu itu.
Aku juga masih menangis untuk menguatkan diri aku untuk melupakan kau. Aku tak kuat, tapi harus kuat. Aku juga masih menekup bantal bila teringat masa lampau bersam kau, cuma niat meninggalkan kau lebih tinggi dari niat kembali pada kau. Itu keputusan aku sekarang. Akan datang, masih begitu. Aku mahu kau tahu, seperkenalnya kita di bangku sekolah, buat aku terdiam untuk memikirkan masa depan bersama kau. Seputusnya kita di talian kerana kekasih lama, buat aku mencari cari kau tidak kira apa. Jangan kau sesekali ungkit juga pertikai apa yang aku usaha untuk menemukan kau, juga jangan kau mencari helah untuk menyalah kan aku dari segala masa lampau aku. Kerana, aku juga manusia biasa.
Yang pasti masa ini, aku pedih meninggalkan kau, tapi lebih perit untuk menyintai kau.
No comments:
Post a Comment