May 28, 2012

Cerpen

Sofia sedang bersedih. Hanya dia dan Tuhan tahu apa yang sedang dia rasa.
Hati kecil Sofia selalu bertanya, 'kenapa Sofia selalu saja dipersalahkan, sedangkan terang terang orang lain yang salah?' Sofia berdetik lagi 'mengapa Sofia harus harungi semua ini?'
Sofia selalu berdoa pada Tuhan, moga Tuhan terangkan semua hati orang disekelilingnya agar Sofia boleh hidup tenang walaupun seminit, Sofia bersyukur.
Sofia tak rasa orang terdekat mampu terima diri Sofia seadanya. Sofia pernah terpikir, jika seseorang itu bole terima Sofia seadanya, orang itu akan maafkan segala dosa Sofia dah berpandangan kehadapan dan tidak untuk berulang kali mengata buruk tentang Sofia tentang masa lalu Sofia. Sofia sangat sedih.

Suatu hari Sofia telah berulang kali menelifon kekasihnya pada malam hari lahirnya sehingga tertidor.. Akan tetapi kekasihnya tidak menjawap panggilan talifonnya itu sebanyak 30kali. Mungkin lebih.
Keesokkan harinya Sofia musykil lalu bertanya kepada kekasihnya mengapa tidak menjawab talifon.
Kekasihnya dengan senang hati menjawab bahawa dia tidur dan tidak sedar diri selepas memakan ubat demam. Sofia bertambah musykil kerana selama dia mengenali kekasihnya, kekasihnya sukar untuk mengambil dan memakan ubat kerana dia ada alah pada sebarangan ubat. Sofia bersabar lagi walaupun tahap sabar Sofia semakin membuak. Sofia tenangkan diri.
Sofia mengingatkan kekasihnya yang dia telah menelifon kekasihnya 30kali. Sang kekasih memberi jawapan yang sangat hambar. Kekasih Sofia mengatakan Sofia tidak menelifonnya dengan bersungguh, tetapi hanya bermain misscall sampai 30 kali. Sofia berkecil hati. Tetapi kekasihnya tetap menyalahkan Sofia.
Dia menuduh Sofia keluar pada malam itu tanpa pengetahuan dia. Dia juga kata yang Sofia telah mencari & menunggu masa yang sesuai untuk membuat hal buruk(mencari point). Sofia bertambah kecil hati. lalu terdetik pada hatinya 'Ya Allah, apakah dosa ku? Kau ampunkan lah segala dosaku, agar aku boleh hidup didalam mata indah semua makhluk mu, dan tidak hanya nampak hina di mata dia.'
Sofia yang sedang berkerja tidak dapat menumpukan perhatian pada kerjanya.
Telah mengalir setitik air mata kesedihan yang berharap hidupnya akan lebih bermakna di mata semua orang. Sofia juga meninginkan satu perhubungan yang indah, aman dan bersefahamam dan tidak berat sebelah.
Sekarang, Sofia hanya mampu berserah pada Tuhan agar doa nya termakbul.
Amin.

No comments:

Post a Comment