jadi dari mana aku nak mula untuk hidup di halaman buku baru?
bila aku bukak je laman sosial buku yg bermuka muka tu, aku tengok ramai kengkawan aku yang sibuk cakap pening dengan assignment, tak pun penat bekerja. seronok pulak aku tengok semua tu. tapi bila aku kenangkan kehebatan orang lain menghabiskan tanggungjawab satu persatu dengan cukup sempurna, aku mula rasa rendah diri dan menyesal. terkenang zaman belajar yang patut aku habiskan dengan sempurnanya. tapi zaman tu dah aku sia sia kan dengan jayanya hanya kerana seorang lelaki bergelar boyfriend. penyesalan ni tak kan aku lupakan kerana perkataan boyfriend tu lah aku hanyut lalu merosakkan masa depan aku.
sekarang aku dah nampak akibat & balasan Tuhan kat aku. jangan tanya 'perlukah aku kesal?'
sebab aku takkan pernah hilang rasa kesal tu.
jadi sekarang, bagaimana aku nak mulakan kehidupan baru aku? macam mana nak cari kerja dengan berkelulusan SPM. bagaimana nak kahwin & berumah tangga kalau hanya kerja kat kedai topup atau jual wafle. bagaimana nak memulakan semua ni dengan emosi sebegini?
Ya Tuhan, aku mungkin nampak tough, tapi aku tak sebenarnya. Tolong lah aku.
No comments:
Post a Comment